My story on 8 days training with EDP

Alisa (a receptionist with KTP) story on 8 days training with EDP.

Saya sangat menghargai kerana di berikan kesempatan menghadiri EDP latihan di KTP yang diselenggarakan oleh CADS.

Ini merupakan pengalaman baru untuk saya sendiri. Latihan ini diadakan selama dua minggu iaitu minggu kedua dan minggu keempat pada bulan Januari 2022.

Minggu pertama latihan terdapat dua topik iaitu Excel Analytics dan Data Visualization. Excel Analytics merangkumi topik menggunakan Microsoft Excel secara bervariasi.

Excel Analytic di perbincangkan dengan lebih dalam dan terperinci pada latihan ini. Serta kaedah yang digunakan lebih mudah difahami, cepat dan dapat menjimatkan masa. Kaedah ini boleh digunakan pada masa akan datang seperti melakukan perbentangan seperti perbentangan untuk perniagaan supaya lebih kemas, teratur dan mudah difahami oleh penonton.

Dalam latihan ini juga saya dapat mengetahui bervariasi carta yang boleh didapati dengan menggunakan Microsoft Excel yang sebelum ini saya tidak tahu akan kewujudan dan cara mengaplikasikan.

Data Visualization pula saya berpeluang menggunakan aplikasi Tableau. Tableau merupakan aplikasi di mana kita boleh menggunakan excel atau pdf fail yang boleh membentuk kepada pelbagai jenis carta. Ini merupakan sesuatu yang baharu bagi saya dan ianya sungguh menarik.

Minggu kedua juga terdapat dua tajuk iaitu Data Storytelling dan Capstone.

Data storytelling pula menggunakan ilmu apa yang telah kita pelajari sebelum ini dan mengaplikasikan dengan melakukan perbincangan secara berkumpulan. Dalam topik ini juga kita boleh mempelajari apakah contoh carta yang tidak baik dalam perniagaan serta jenis carta yang sesuai untuk di masukkan ke dalam sesuatu laporan. Perkara yang sangat menarik dalam topik ini penceramah akan melakukan “quiz” untuk menguji kefahaman apa yang telah dipelajari pada hari tersebut menggunakan kahoot! Ianya merupakan sesuatu baharu bagi saya.

Capstone pula kita mengekstrak data daripada data.gov.my Kumpulan saya memilih tajuk berkenaan dengan kes pendakwaan yang berada di Malaysia pada tahun 2015 sehingga 2017. Dengan tajuk yang kumpulan saya telah pilih, kita hendaklah datang dengan penyelesaian serta carta yang sesuai digunakan dengan tajuk yang telah dipilih.

Secara keseluruhan saya berterima kasih kerana diberi peluang menghadiri EDP latihan ini.

Visit Us

  • Wisma KTP, 53 Jalan Molek 1/8, Taman Molek, 81100 Johor Bahru

  • Wisma THK, 41, Jalan Molek 1/8, Taman Molek, 81100 Johor Bahru

KTP (Audit, Tax, Advisory)

An approved audit firm and licensed tax firm operating under the KTP group based in Johor Bahru providing audit, tax planning, advisory and compliance services to clients

THK (Secretarial, Account, Payroll, Advisory)

A licensed secretarial firm in Johor Bahru providing fast reliable incorporation, secretarial services, corporate compliance services, outsource booking, accounting and payroll services to clients

KTP Lifestyle

An internal community for our colleagues on work and leisure.

KTP Career

An external job community on vacancy in Johor Bahru for interns, graduates & experienced candidates.

#Ktp #Thks



HiringKtp Ktpmy story